(a problem)
Memenuhi impian ibubapa adalah satu tugas yang dipikul oleh seorang guru secara tidak langsung. Ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan pelbagai harapan kadang-kadang harapan tidak masuk akal.
Mengajar di sebuah sekolah yang diselalu dibandingkan dengan sekolah elit adalah sesuatu yang memberi tekanan pada para guru. Sekolah yang dibanding memiliki segala, makan lazat santapan mereka. Tuisyen beraneka, beribu RM dihabiskan setiap bulan untuk tuisyen, 5 subjek semata.
Sekolah yang membanding ini, hanya keringat guru yang ditangih semata. Sumbangan diminta, habis tahun baru menjelma. Gurunya pula, rata-rata tinggal jauh dari sekolah. Kawasan sekitar sewanya, separuh bulan gaji belum tentu mampu membayar. Muridnya, kerja sekolah puas dipaksa baru tersedia. Menyalin di buku, satu masa tak pernah cukup diminta. Masa begitu terhad dan memaksa. Penanda aras yang terlalu tinggi membuat guru tersiksa :(
(suggestions to solve this problem)
Oleh kerana peranan guru adalah utama. Hanya sekolah tempat meraka belajar. Maka dicadangkan aktiviti disusun agar waktu di sekolah digunakan sebaik-baiknya, bermula dari jadual waktu hinggalah menyiapkan kerja rumah.
(hypothesis/ses it you carry out these suggestions)
Terlintas difikiran, semakin lama murid bersama guru, semakin kenal guru akan murid itu, semakin selesa mereka bersama, semakin banyak kejayaan yang dapat dicipta. Begitu juga dengan hal kerja rumah, jika dipermudahkan, disediakan lembaran, pasti banyak lagi kerja dapat disiapkan dalam sedikit masa.
Itu sahaja dapat difikir, moga ia berjalan bagai direncana.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment