Wednesday, 17 July 2013

"Penyeliaan" (from what I believed) is a process of faciliting the profesional growth of a teacher whereby beneficial advises and feedbacks are shared in order to enhance the classroom instructional and eventually makes teaching more effective. :)

Tuesday, 16 July 2013

Ulasan Program Kembang Tumbuh

Penyeliaan bukan hanya memerhati dan menilai berdasarkan pengalaman sendiri dan ilmu yang dimiliki. Penyeliaan adalah perkongsian ilmu dan penambahbaikan kepada penyelia dan dan yang diselia. Penyeliaan kembang tumbuh (PKT) memiliki ciri-ciri yang diperlukan dalam penyeliaan sekarang yang holistik dari segi perancangannya. Pelaksanaan perlulah selaras dengan perancangan yang dibuat. Penetapan dan penerangan yang jelas dan dikawal diperlukan supaya tidak terikut dengan penyeliaan secara pemerhatian dan penilaian sahaja.

Penyeliaan Kembang Tumbuh

Penyeliaan merangkumi pertukaran pendapat untuk membaiki kelemahan dan penambahbaikan. Penyeliaan juga dapat mencari titik persamaan dengan  berbincang untuk menyelesaikan masalah.

Proses penyeliaan bukan sahaja berkaitan dengan pencerapan, mencari salah, memperbaiki kelemahan tetapi lebih luas lagi kearah kebaikan bersama. Proses kembang tumbuh akan melibatkan idea yang digabungkan sesama guru untuk menjadi guru lebih kreatif.

Monday, 15 July 2013

Program Kembang Tumbuh SK Bukit Pantai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Blog Program Kembang Tumbuh SK Bukit Pantai. Moga program ini dimanfaatkan sebaiknya.

 Prof Dr Raja Maznah dan Cik Shafiqah sedang khusyuk
 Rajin berbincang cikgu-cikgu ini
 Zahari dan Haslina sibuk menulis
 Workshop pertama...banyak juga soalan dilontarkan
Prof Datin Dr Rahimah fasilitator hari ini : Program Kembang Tumbuh, Unit 1