Thursday 14 November 2013

Refleksi III :Bagaimana 'roleplay' membenarkan kita lebih memahami kosep ' willing suspension of disbelief'?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 'Willing suspension of disbelief'' merupakan satu fahaman yang boleh menghalang kita dari terus maju kehadapan. Ia perlu segera di atasi.

'Roleplay' merupakan satu kaedah yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini.

Bersambung.....

Refleksi II : Memenuhi Impian Ibubapa, Mengurus Kesempitan Guru. Oh Gagal!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tidak semua yang kita hajati, yang kita rancang, akan berlaku seperti yang kita inginkan.
Semua telah yang dituli sebelum ini telah dijalankan. Namun keputusan yang dinanti, tidak menjelma lagi.

Apa lagi, fikir lagi, lihat semula, mengkaji lagi.

Hipotisis baru akan menjelma...

Refleksi I : Memenuhi Impian Ibubapa, Mengurus Kesempitan Guru. Oh Bebannya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di doakan anda yang membaca penulisan ini sentiasa disayangi Allah dan dikasihi Rasul.

(a problem)


Memenuhi impian ibubapa adalah satu tugas yang dipikul oleh seorang guru secara tidak langsung. Ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan pelbagai harapan kadang-kadang harapan tidak masuk akal.

Mengajar di sebuah sekolah yang diselalu dibandingkan dengan sekolah elit adalah sesuatu yang memberi tekanan pada para guru. Sekolah yang dibanding memiliki segala, makan lazat santapan mereka. Tuisyen beraneka, beribu RM dihabiskan setiap bulan untuk tuisyen, 5 subjek semata.

Sekolah yang membanding ini, hanya keringat guru yang ditangih semata. Sumbangan diminta, habis tahun baru menjelma. Gurunya pula, rata-rata tinggal jauh dari sekolah. Kawasan sekitar sewanya, separuh bulan gaji belum tentu mampu membayar. Muridnya, kerja sekolah puas dipaksa baru tersedia. Menyalin di buku, satu masa tak pernah cukup diminta. Masa begitu terhad dan memaksa. Penanda aras yang terlalu tinggi membuat guru tersiksa :(

(suggestions to solve this problem)

Oleh kerana peranan guru adalah utama. Hanya sekolah tempat meraka belajar. Maka dicadangkan aktiviti disusun agar waktu di sekolah digunakan sebaik-baiknya, bermula dari jadual waktu hinggalah menyiapkan kerja rumah.

(hypothesis/ses it you carry out these suggestions)

Terlintas difikiran, semakin lama murid bersama guru, semakin kenal guru akan murid itu, semakin selesa mereka bersama, semakin banyak kejayaan yang dapat dicipta. Begitu juga dengan hal kerja rumah, jika dipermudahkan, disediakan lembaran, pasti banyak lagi kerja dapat disiapkan dalam sedikit masa.

Itu sahaja dapat difikir, moga ia berjalan bagai direncana.

Terima kasih.


Wednesday 17 July 2013

"Penyeliaan" (from what I believed) is a process of faciliting the profesional growth of a teacher whereby beneficial advises and feedbacks are shared in order to enhance the classroom instructional and eventually makes teaching more effective. :)

Tuesday 16 July 2013

Ulasan Program Kembang Tumbuh

Penyeliaan bukan hanya memerhati dan menilai berdasarkan pengalaman sendiri dan ilmu yang dimiliki. Penyeliaan adalah perkongsian ilmu dan penambahbaikan kepada penyelia dan dan yang diselia. Penyeliaan kembang tumbuh (PKT) memiliki ciri-ciri yang diperlukan dalam penyeliaan sekarang yang holistik dari segi perancangannya. Pelaksanaan perlulah selaras dengan perancangan yang dibuat. Penetapan dan penerangan yang jelas dan dikawal diperlukan supaya tidak terikut dengan penyeliaan secara pemerhatian dan penilaian sahaja.

Penyeliaan Kembang Tumbuh

Penyeliaan merangkumi pertukaran pendapat untuk membaiki kelemahan dan penambahbaikan. Penyeliaan juga dapat mencari titik persamaan dengan  berbincang untuk menyelesaikan masalah.